There was an error in this gadget

Sunday, 27 November 2011

BBM

Pencemaran udara boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas-gas yang berbahaya di dalam udara. Gas-gas tersebut adalah seperti gas sulfur monoksida dan gas karbon monoksida.

Antara aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara termasuklah pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan kilang. Asap hitam yang dilepaskan ke udara boleh menjejaskan penglihatan dan mendatangkan rasa pedih pada mata. Penglihatan yang kabur boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Selain itu, pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran sampah juga menyebabkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka menghasilkan habuk yang halus ke udara.Habuk-habuk tersebut akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan menyekatkan pengaliran oksigen ke dalam salur darah. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti batuk, barah, asma dan anemia.

Oleh sebab itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mencegah pencemaran udara. Antaranya termasuklah melaksanakan pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum. Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar juga mesti ditekankan bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.

SOALAN :
1. Bagaimanakah pencemaran udara berlaku?
     Jwp :Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas-gas yang berbahaya di dalam udara.

2. Apakah aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara?
    Jwp : Antara aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara termasuklah pelepasan asap hitam 
               oleh kenderaan dan kilang serta pembakaran terbuka

3. Apakah jenis penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara?
    Jwp : Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara ialah batuk, barah, asma dan anemia.

4. Nyatakan langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pencemaran udara.
    Jwp : Langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pencemaran udara seperti       
              melaksanakan  pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum, penggubalan dan 
              penguatkuasaan undang-undang 

Punca Pencemaran Udara
1. Pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan kilang.
2. Pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran sampah.

Kesan Pencemaran Udara
1. Menjejaskan penglihatan
2. Menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah.
3. Mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Cara Atasi 
1. Melaksanakan pendidikan alam sekitar.
2. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.


Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata adjektif yang sesuai.

buruk        hitam        pedih        kabur        halus

1. Mata saya terasa _________ kerana kena serbuk lada.
2. Encik Wong memandu keretanya dengan berhati-hati keranan penglihatannya ________akibat jerebu.
3. Pembakaran terbuka menghasilkan habuk yang _________ ke udara.
4. Pelepasan asap _________ oleh kenderaan dan kilang menyebabkan pencemaran udara.
5. Pencemaran alam sekitar boleh mendatangkan kesan yang _________ kepada manusia.

No comments:

Post a Comment