There was an error in this gadget

Sunday, 11 December 2011

Think twice

Air Pollution

Refleksi


 Berkaitan tugasan ini pula, saya dapat memahami kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis dengan lebih jelas lagi. Peluang untuk menghuraikan secara terperinci maklumat tentang lima kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih dapat  membantu saya memahami dan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk merancang satu pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis berdasarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Pengalaman dan pengetahuan ini amat berharga bagi saya bukan sahaja pada hari ini malah pada masa akan datang. Hasil daripada tugasan ini, saya menyedari bahawa topik pengajaran kemahiran Bahasa Melayu amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Topik ini akan membantu saya merancang langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran  yang lebih sistematik untuk memaksimumkan hasil pembelajaran murid.