There was an error in this gadget

Sunday, 27 November 2011

BBM

Pencemaran udara boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia. Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas-gas yang berbahaya di dalam udara. Gas-gas tersebut adalah seperti gas sulfur monoksida dan gas karbon monoksida.

Antara aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara termasuklah pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan kilang. Asap hitam yang dilepaskan ke udara boleh menjejaskan penglihatan dan mendatangkan rasa pedih pada mata. Penglihatan yang kabur boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Selain itu, pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran sampah juga menyebabkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka menghasilkan habuk yang halus ke udara.Habuk-habuk tersebut akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan menyekatkan pengaliran oksigen ke dalam salur darah. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti batuk, barah, asma dan anemia.

Oleh sebab itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mencegah pencemaran udara. Antaranya termasuklah melaksanakan pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum. Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar juga mesti ditekankan bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.

SOALAN :
1. Bagaimanakah pencemaran udara berlaku?
     Jwp :Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas-gas yang berbahaya di dalam udara.

2. Apakah aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara?
    Jwp : Antara aktiviti yang menyebabkan pencemaran udara termasuklah pelepasan asap hitam 
               oleh kenderaan dan kilang serta pembakaran terbuka

3. Apakah jenis penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara?
    Jwp : Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara ialah batuk, barah, asma dan anemia.

4. Nyatakan langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pencemaran udara.
    Jwp : Langkah-langkah yang harus diambil untuk mencegah pencemaran udara seperti       
              melaksanakan  pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum, penggubalan dan 
              penguatkuasaan undang-undang 

Punca Pencemaran Udara
1. Pelepasan asap hitam oleh kenderaan dan kilang.
2. Pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran sampah.

Kesan Pencemaran Udara
1. Menjejaskan penglihatan
2. Menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah.
3. Mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Cara Atasi 
1. Melaksanakan pendidikan alam sekitar.
2. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.


Lengkapkan ayat dengan menggunakan kata adjektif yang sesuai.

buruk        hitam        pedih        kabur        halus

1. Mata saya terasa _________ kerana kena serbuk lada.
2. Encik Wong memandu keretanya dengan berhati-hati keranan penglihatannya ________akibat jerebu.
3. Pembakaran terbuka menghasilkan habuk yang _________ ke udara.
4. Pelepasan asap _________ oleh kenderaan dan kilang menyebabkan pencemaran udara.
5. Pencemaran alam sekitar boleh mendatangkan kesan yang _________ kepada manusia.

Saturday, 26 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun                                     : 5A
Tarikh                                     : 7 November  2011
Masa                                      : 8.00 pagi – 8.30 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid                    : 40 orang
Mata Pelajaran                     : Bahasa Malaysia
Tema                                      : Alam Sekitar
Tajuk                                      : Pencemaran Udara

Hasil Pembelajaran             :
Fokus Utama                       
5.1       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
            dan memahami perkara yang dibaca.
            Aras 2 (ii)       Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
Fokus Sampingan
9.2       Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar
            dan dibaca.
            Aras 2 (i)        Mencatat nota dalam bentuk grafik.
Objektif
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1.    Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Menulis isi-isi utama yang terdapat dalam teks dalam bentuk grafik.
3.    Melengkapkan ayat dengan menggunakan kata adjektif yang tepat.
Sistem Bahasa
  • Tatabahasa   : Kata Adjektif
  • Kosa kata      : pedih, kabur, halus.
Pengisian kurikulum
  • Ilmu                                        : Sains
  • Nilai                                        : Menyayangi alam sekitar
Kemahiran Bernilai Tambah
  • Kemahiran berfikir               : Mengecam
  • Belajara cara belajar            : bacaan intensif, mencatat nota.
  • Teori Kecerdasan Pelbagai
    • Verbal-linguistik
    • Interpersonal
    • Muzik
    • Naturalis
    Bahan bantu mengajar
    • Teks petikan
    • Lembaran kerja
    • Power Point
    Pengetahuan Sedia Ada:
    Murid-murid tahu membaca dengan lancar dan boleh mencari isi-isi penting yang terdapat dalam petikan.

           Langkah
    Masa
    Isi Pelajaran
    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
    Catatan
    Set Induksi
    ( 4 minit )
    Pencemaran alam sekitar
    1. Guru menayangkan klip video tentang pencemaran alam sekitar.
    2. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut.
    Kaedah:
    Pembelajaran berbantukan komputer

    KP: Muzik, Naturalis


    Langkah 1
    ( 5 minit )
    Pencemaran udara


    1.Guru mengedarkan teks kepada semua murid.
    2. Murid membaca teks tersebut secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
    3. Guru membetulkan sebutan dan intonasi berdasarkan bacaan itu.
    4. Murid membaca teks tersebut secara kumpulan.
    BMM:  Teks Pencemaran Udara

    KP: Verbal Linguistik

    Pendekatan:
    Berpusatkan bahan



    Langkah 2
    ( 4 minit )
    Pencemaran udara
    Menjawab soalan pemahaman



    1. Guru membimbing murid memahami isi kandungan teks.
    2. Secara rawak, guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan pemahaman secara lisan.


    Nilai:
    Bekerjasama

    KB: menjana idea

    KP: Verbal Linguistik

    Pendekatan:
    Berpusatkan Murid


    Langkah 3
    ( 8 minit )
    Perbincangan dalam kumpulan.
    Mengenalpasti punca, kesan dan cara mengatasi pencemaran udara yang terdapat dalam teks.
    1. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
    2. Setiap kumpulan diminta untuk mencari punca, kesan dan cara mengatasi pencemaran udara berdasarkan teks tersebut.
    3. Setiap kumpulan     membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
    4. Murid membaca jawapan tersebut berdasarkan Power Point yang ditayangkan oleh guru sebagai pengukuhan.

    Nilai:
    Bekerjasama

    KB: Mengecam

    KP: Interpersonal

    Kaedah:
    PembelajaranKoperatif dan kolaboratif,
    Pembelajaran berbantukan komputer

    Teknik:
    Perbincangan


    Langkah 4
    ( 5 minit )

    1. Guru membimbing murid memberi maksud kata adjektif yang terdapat dalam teks tersebut.
    2. Murid diberi lembaran kerja untuk melengkapkan ayat dengan menggunakan kata adjektif yang sesuai.
    3. Guru berbincang jawapan dengan murid.

    KB: Menilai

    KP: Verbal Linguistik

    Kaedah:
    Pembelajaran kontekstual
    Penutup
    ( 4 minit )
    Lagu Tabiat ‘Tak-Pa’ Bumi Binasa versi Atuk Oh Atuk
    Penerapan nilai murni


    1. Murid menyanyikan lagu.
    2. Guru membimbing murid nenyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelajaran hari ini.

    Nilai:  Sayangi alam sekitar
    Kebersihan

    KB: Merumus

    KP: Muzik, Naturalis

    Kaedah:
    Pembelajaran berbantukan komputer